ORAET!

Extra Mild Input Output

  • myMetro ~ Azimat Aniza meniti kejayaan

    • 25 Jun 2011
    • 0 Responses
    •  views
    • rencana usahawan perniagaan
    • Edit
    • Delete
    • Tags
    • Autopost

    "Namun, apa yang pasti, tidak ramai yang mengetahui bahawa sebenarnya begitu banyak kesukaran yang pernah saya hadapi, malah boleh dikatakan hampir 20 tahun saya mengerah tenaga sebelum melihat sendiri hasil usaha yang dilakukan akhirnya terpaksa dilepaskan," katanya.


    Tetapi, bak 'resmi padi, makin tunduk, makin berisi', Aniza mengakui, melalui tempoh selama 20 tahun berkenaan dia 'mengutip' pengalaman dan pengajaran bagaimana untuk menguruskan perniagaan selain menjadikannya lebih teliti dalam memilih peluang perniagaan yang sesuai.


    "Bagi saya ini satu kelebihan kerana tanpa pendidikan khusus hingga ke peringkat menara gading, pengalaman yang saya timba mengajar saya segalanya daripada A hingga Z.

    via hmetro.com.my

    sebagai bahan rujukan dalam membina semangat untuk bergelumang dalam dunia perniagaan

    • Tweet
  • Free Comics @ Comixology

    • 8 Jun 2011
    • 0 Responses
    •  views
    • Edit
    • Delete
    • Tags
    • Autopost
    via comics.comixology.com

    • Tweet
  • Warehouse Sale @ Summit USJ start on 13 May

    • 10 May 2011
    • 0 Responses
    •  views
    • Edit
    • Delete
    • Tags
    • Autopost

    PAY LESS BOOKS
    Read More For Less



    PAY LESS BOOKS' Warehouse Sales is back @ The Summit USJ Shopping Complex!


    Greetings


    Venue: Ground Floor, The Summit USJ Shopping Complex,
               Persiaran Kewajipan, USJ Subang Jaya
               (GPS Coordinate:E03.05939, N101.59293)

    Date: 13 - 22 May 2011

    Time: 10:00am - 9:30pm
     

    For further information, please visit our website at www.paylessbooks.com.my or click on the Map


    • Tweet
  • User Account Control

    • 15 Feb 2011
    • 0 Responses
    •  views
    • Edit
    • Delete
    • Tags
    • Autopost
    User Account Control(UAC) adalah ciri di dalam sistem operasi Windows yang boleh membantu mencegah perubahan yang tidak dibenarkan ke komputer anda.

    UAC melakukan hal ini dengan meminta izin dari anda, berupa katakunci pengendali atau administrator sebelum melakukan tindakan yang berpotensi boleh menjejaskan operasi komputer anda atau menukar tetapan yang dapat mempengaruhi pengguna lain.

    Apabila anda melihat mesej UAC, sila bacanya dengan cermat dan kemudian pastikan nama tindakan atau program yang akan dimulakan adalah merupakan pilihan dengan izin anda.

    Dengan mengesahkan tindakan ini sebelum sesuatu tindakan atau progrma bermula, UAC dapat membantu menghalang perisian berbahaya(malware) dan spyware dari memasang atau membuat perubahan ke komputer anda tanpa kebenaran.

    (diterjemah dengan bantuan Google)


    9juta @FB


    Klik sini untuk imejan besar

    See this Amp at http://bit.ly/gmeiIu
    via Amplify.com
    • Tweet
  • MfAjif ~ "Tiada Jalan Pintas"

    • 14 Feb 2011
    • 0 Responses
    •  views
    • adalah dengan kerjaya mereka tiada jalan pintas
    • Edit
    • Delete
    • Tags
    • Autopost

    Apabila otai komik ber'bicara'.. sila 'dengar'...

    Amplify’d from komikajif.com

    Tiada Jalan Pintas…

    Salam bertemu kembali, beberapa bulan kebelakangan ini memang diselubungi dengan kebanjiran kerja yang bertimpa-timpa. Maaf sehingga tidak mempunyai ruang waktu di sini untuk menyajikan bahan yang bermanafaat buat semua.

    Bermula dengan cuti sekolah yang lalu di bulan Disember, aku dihujani pelbagai soalan dari kalangan generasi muda yang ingin berkarya. Ya, mereka mahu jadi pelukis komik. KOMIK ARTIS! Mereka mahukan pandangan, komen dan tips bagaimana kerjaya ini bermula. Tak kurang juga ada di antara mereka mahu menerbitkan majalah komik setaraf hebatnya seperti Gempakstarz. WOW! tingginya cita-cita tu… tak mengapa, usaha adalah tangga kejayaan.  Mudah aku katakan cukup sekadar mereka perkukuhkan asas seni lukis saja. Tiada asas ini maka usaha anda adalah sia-sia.

    Perlu diingat bahawa melukis komik tidak semudah yang disangka. Bukan sekadar hanya boleh melukis disusun pula di dalam kotak-kotak panel sebegitu dan disulami pula dengan dialog serta caption. Ya, seni juga komik adalah subjektif dan ianya tak perlu perfection! Akan tetapi anda berada di Malaysia, anda ingin membina kerjaya di Malaysia danhakikat ini perlu disedari dari awal-awal lagi supaya anda lebih bersedia. Bersedia membentuk kerjaya anda sendiri.

    Ada di antara mereka memperlekeh elemen dan faktor ini, kerana mereka beranggapan ianya adalah sia-sia dan pelemah semangat saja. “Tu tengok komik Shin Chan boleh plak femes?” Yang pasti aku dapat membaca fikiran kelompok ini bahawa mereka merasakan mereka sudah berada di tahap yang sepatutnya. Tahap hasil karyanya layak untuk diterbitkan, sedangkan kita dapat saksikan sendiri kemampuan mereka adalah ibarat Langit dengan Bumi atau jauh panggang dari api. Kita kenalah sedar siapa diri kita. Mudah saja matematiknya. Tiada usaha maka tiadalah hasilnya. Tiada jalan pintas untuk maju dan berjaya. Kita jangan lihat kemampuan orang lain. Lebih baik kita lihat siapa diri kita dan sejauhmana kehebatan yang kita ada.

    Daripada kita tergila-gila mendewakan orang lain dan diri sendiri ada baiknya teruskan latihan memperkasakan drawing anda jika anda mahu menjadi seorang PELUKIS.

    wassalam.

    Read more at komikajif.com

    See this Amp at http://bit.ly/fyVJ85
    via Amplify.com
    • Tweet
  • Transisi humor ke komersial

    • 14 Feb 2011
    • 0 Responses
    •  views
    • dan dengan kepada komik komik digital pelukis
    • Edit
    • Delete
    • Tags
    • Autopost

    Rencana ini diklip sebagai arkib rujukan. Kredit pada KOSMO.

    Amplify’d from www.kosmo.com.my

    Transisi humor ke komersial

    Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

    'Kartun Internet' dan mewarna menggunakan teknologi komputer ialah sebahagian transformasi industri komik di Malaysia dalam tempoh 50 tahun.




    DI Malaysia, komik mula wujud sejak zaman sebelum merdeka lagi. Salah seorang pelukis komik veteran ialah Nek Norzarah Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Nora. Beliau melukis komik sejak tahun 1954 lagi.

    "Penceritaan komik ketika itu lebih tertumpu kepada kehidupan rumah tangga yang pada zaman sebelum merdeka. Ia turut diadun dengan unsur-unsur dongeng lama.

    "Masuk tahun 1970-an, perubahan masyarakat dan pembangunan yang semakin pesat serba sedikit mengubah landskap komik tempatan.

    "Apabila hutan belantara mula dikacau dengan pembangunan, saya ada menyatakan kebimbangan tersebut menerusi komik," katanya yang kini aktif melukis potret.

    Tidak jauh bezanya dengan kegilaan terhadap muzik, minat orang ramai terhadap komik beredar mengikut putarannya.

    Memulakan kerjaya selaku pelukis komik pada lewat era 1970-an, Presiden Persatuan Kartunis Malaysia (Pekartun), Tazidi Yusof berkata komik pada 1980-an lebih tertumpu kepada apa yang disukai pembaca.

    "Misalnya, majalah Gila-Gila mempunyai pembaca sasaran termasuk suri rumah, remaja dan tentera.

    "Maka penceritaan komik akan berkisar kepada kehidupan golongan ini. Jadi ada ruangan Prebet Lapuk oleh Pak Rejab untuk polis dan tentera," kata Tazidi.

    Komik untuk golongan muda-mudi dihasilkan oleh pelukis komik seperti A. Mahmud dan Fatah. Sementara pelukis komik terkenal, Ujang, tumpuan karyanya lebih kepada pelajar sekolah dan universiti.


    TEKNIK melukis dan mewarna semakin mudah dengan bantuan perisian janaan komputer.


    Justeru, apabila majalah yang diterbitkan dua kali sebulan ini dipasarkan, ia memenuhi kehendak semua lapisan masyarakat. Tidak hairanlah jika jualan Gila-Gila mencecah 150,000 setiap kali diterbitkan.

    Sambutan terhadap komik ketika itu sangat memberangsangkan. Pihak penerbit tidak perlu bimbang mengenai aspek jualan.

    Namun, situasi ini mengalami transisi pada tahun 1990-an apabila temponya sedikit perlahan berikutan kemunculan teknologi Internet.

    Komik dan kartun dengan mudah dapat dibaca dan dilihat secara dalam talian. Pembaca tidak perlu bersusah payah lagi pergi ke kedai untuk membeli majalah komik.


    ROHAIZAD


    Justeru, cabaran pelukis komik sekarang ialah mereka perlu melukis dengan lebih tepat, cepat dan cantik.

    Malah cara melukis juga telah berubah. Sekarang, melukis komik boleh dibuat menggunakan komputer ataupen teknikal.

    "Dahulu pelukis cuma pakai berus dan pen celup. Tak terfikir pun untuk guna alat lain. Ia tidak dianggap sebagai seni dan sekadar lakaran. Kini, dengan pensel kita boleh buat macam-macam.

    "Perubahan lawak pula, nak katakan sekarang sedikit kasar, dahulu dalam filem P. Ramlee lawaknya pun ada juga yang kasar.

    "Tapi apa yang boleh saya katakan secara keseluruhannya ialah feel dalam menghasilkan karya sekarang kurang sedikit," kata ikon komik tempatan, Datuk Lat.




    Pengarah Seni majalah komik Hype dan Utopia, Julian Kam pula berpendapat ramai peminat komik tempatan mula terpengaruh dengan karya komik-komik Barat seperti X-Men, Spiderman dan Batman pada 1990-an.

    Era itu juga bermulanya trend mengadaptasi komik ke layar perak. Bermula dengan filem Batman dan ia berlanjutan kini dengan filem Iron Man.

    "Ia juga memperlihatkan permulaan seni digital. Maknanya, banyak komik diwarnakan secara digital, bukan manual, manakala kualiti warnanya semakin baik.

    "Satu lagi ialah populariti komik Manga dari Jepun. Manga sudah lama berakar umbi dalam masyarakat Jepun dan orang Cina di Malaysia.

    "Gaya penceritaan komik sekarang juga dipengaruhi oleh Manga sedangkan pada tahun 1980-an, kita jarang sekali mendengar mengenai Manga.

    "Para penerbit turut menterjemahkan komik Manga ke bahasa Melayu dan Cina, sekali gus meningkatkan lagi pengaruh komik manga," ujar Julian yang turut dikenali sebagai Lefty.


    PENGARUH Manga dari Jepun turut meresapi kartunis Malaysia.


    Perkembangan pesat penggunaan Internet dan keghairahan banyak syarikat melabur dalam perniagaan secara online turut memberi ruang kepada lebih ramai pelukis komik menerbitkan hasil karya di Internet dan menerima bayaran.

    Dari segi perbezaan antara komik Melayu dan Cina, Lefty berpendapat komik Melayu humornya lebih melampau dengan ekspresi muka dan reka bentuk karakternya kadangkala berlebih-lebihan.

    "Komik Cina pula cenderung untuk melukis watak-wataknya dengan cantik. Ia juga sangat terpengaruh dengan komik Jepun, sebab itulah karekternya lebih cantik," katanya yang mengakui ketiadaan komik Tamil adalah satu misteri.

    Biarpun baru dalam dunia komik, Sufi Norliyana Mohd Sufian, 23, membayangkan memang wujud perbezaan ketara antara komik pada era-era tertentu.

    Komik pada tahun 1980 dan 1990-an lebih kepada unsur humor, sementara komik pada tahun 2000 mempunyai elemen fantasi yang kental dan banyak dipengaruhi oleh unsur komik Manga.

    "Sasaran penghasilan komik lebih kepada komersial. Contohnya, komik Manga adalah satu kegilaan baru, jadi semua orang hendak ikut gaya itu. Rasanya ia bermula dengan kemasukan komik-komik Jepun seperti Dragon Ball dan Naruto.

    "Tetapi pengaruh komik Amerika juga kuat, terutamanya komik berbaur sains fiksyen. Zaman komik Gila-Gila kepada Gempak Starz, besar sekali bezanya.

    "Bukan sekadar gaya lukisan, malah jalan cerita. Dulu, penceritaan komik lebih kepada kehidupan seharian, manakala komik sekarang menekankan kepada unsur fantasi kerana ia lebih versatil," kata Sufi Norliyana yang sudah lama mengumpul koleksi komik-komik Marvel.


    PEMINAT komik masih ramai tetapi kartunis mesti lebih kreatif dalam karya mereka.


    Baru beberapa tahun berkecimpung dalam dunia penghasilan komik, Rohaizad Ghalid, 26, berpendapat orang ramai sudah boleh menerima komik sebagai satu medium bacaan, sedangkan dahulu ia dianggap sebagai bahan untuk kanak-kanak.

    Sudah wujud juga gelombang baru apabila melukis komik telah menjadi satu kerja yang ada standard. Ramai sekali anak-anak muda yang mahu terlibat dalam industri komik.

    "Namun, realiti di Malaysia, budak-budak yang baru hendak mula melukis, membayangkan populariti. Tetapi realitinya artis komik tidak ada kelas dan kurang diiktiraf," katanya.

    Komik genre baru

    “DI Jepun ada satu jenis teknik lukisan yang terkenal di seluruh dunia iaitu Manga. Jadi, mana-mana pelukis yang mahu terlibat dalam lukisan komik Manga, maka Manga lah. Macam mana hendak jadikan Manga dengan identiti Malaysia? Tidak boleh!,” ujar Datuk Lat.


    LAT kini ikon komik tempatan.


    Justeru, sesiapa yang mahu melihat komik atau kartun yang memiliki identiti Malaysia mungkin boleh merujuk kepada komik Kampung Boy. Jelas Datuk Lat, Kampung Boy yang dihasilkannya itu memberi fokus kepada kehidupan masyarakat di kampung.

    “Dulu, masa buat komik pasal budak kampung, kampung sering dikaitkan dengan kemunduran. Tetapi saya mahu menonjolkan keistimewaan kampung, seperti tatatertib hidup masyarakatnya dan kepatuhan anak kepada ibu bapa.

    “Untuk menjadikan penceritaan lebih menarik, saya selitkan dengan permainan tradisional, hobi budak-budak kampung dan aktiviti mereka di sungai,” tambahnya sambil tersenyum.

    Bersikap lebih liberal, seorang lagi orang lama dalam dunia komik yang dikenali dengan nama Kerengge menyatakan dia lebih suka membiarkan para pelukis komik generasi baru agar mencuba kecenderungan lukisan masing-masing.

    “Apa yang penting, selepas itu mereka reka stroke (gaya lukisan) sendiri. Apabila sudah ada stroke yang dominan, orang akan boleh terima. Apatah lagi dengan teknologi yang ada, pelukis berbakat boleh pergi global.

    “Satu masa dahulu, pasaran komik agak terhad. Sekarang, pelukis Malaysia boleh ambil tugasan dari Amerika atau Jepun. Pelukis ada peluang untuk cari makan dengan komik.


    KERENGGE


    “Buatlah cara apa pun, selagi ia boleh diterima. Cuma kadangkala masyarakat anggap komik tempatan sudah dilacurkan. Bagi saya, berikan kebebasan mereka untuk berkarya. Pada masa yang sama perbaiki stroke dan jalan cerita,” katanya.

    Kerengge menyifatkan komik memiliki kebebasan dengan pelbagai genre termasuklah kepahlawanan, misteri dan tidak berkisar pada satu isu sahaja. Elemen-elemen inilah yang membuatkan komik terus diminati dan mendorong semakin ramai artis untuk melukis.

    Seorang lagi pelukis komik dan kartun, Roslim Jamil menyatakan lukisan komik dahulunya agak ringkas dengan gaya lukisan yang sedikit ‘longgar’. Bermula dengan Ujang, lukisan komik menjadi semakin terperinci, gambarnya penuh dengan latar dan berwarna-warni, katanya.

    Read more at www.kosmo.com.my

    See this Amp at http://bit.ly/fCordM
    via Amplify.com
    • Tweet
  • .my DOMAIN REGISTRY now supports IDN for Jawi at the Second Level

    • 5 Feb 2011
    • 0 Responses
    •  views
    • Edit
    • Delete
    • Tags
    • Autopost



    Dear Valued Customers,


    We are proud to announce that .my DOMAIN REGISTRY now supports Internationalized Domain Name (IDN).

    An IDN (also known as multilingual domain name) is a domain name that contains Unicode characters other than the basic 37 ASCII characters permitted to-date (a-z , 0-9 and -).  In other words, an IDN may contain letters with diacritics (for example, façade) as required by many European languages or characters drawn from non-Latin scripts such as Jawi / Arabic, Chinese or Tamil.

    Many countries have started to offer domain names in their local scripts to allow more of their population access the Internet.  Amongst the first few countries to deploy top level IDN are Egypt (مصر ), Saudi Arabia (السعودية ) and United Arab Emirates (امارات ) – all on the 5th May 2010. Even two of our neighboring countries, Thailand and Singapore, have implemented IDN.

    For Malaysia, we have decided to offer 2nd Level IDNs, starting with Jawi (for example, مليسيا.my).  Chinese and Tamil IDNs are also in the pipeline and will be implemented progressively.  For Jawi IDNs, the roll out will be in 3 phases.  In the first phase, registration of Jawi IDNs is specifically for government agencies and government educational entities.  Registrations start from 24th January 2011 until 30th April 2011.  The first phase Jawi IDNs will be free of charge for one year.  Government agencies and government educational entities are encouraged to secure their Jawi IDNs as soon as possible.

    Existing .my customers will enjoy Jawi IDNs in the second phase, and in the third phase, Jawi IDNs will be opened to the public. Do keep an eye open for the announcements on the second and third phase roll out to secure your own Jawi IDN!

    For more information about IDN, do visit our FAQ page at http://www.domainregistry.my/faq.php?id=98.

    Please do not hesitate to e-mail domreg@domainregistry.my or call us at 03 - 8991 7272 if you have any enquiries.


    Yours sincerely,

    .my DOMAIN REGISTRY

    MYNIC Berhad (735031-H)             | Tel          : +603-8991 7272
    Level 3, Block C                                | Fax          : +603-8991 7277
    Mines Waterfront Business Park    | E-mail     : domreg@domainregistry.my (Registration)
    No. 3, Jalan Tasik                             |                   billing@domainregistry.my (Billing)
    The Mines Resort City                      | URL        : http://www.domainregistry.my
    43300 Seri Kembangan                   | Work. Hr : 0830-1730MYT(Mon - Fri)
    Selangor Darul Ehsan                     |
    =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=


    See this Amp at http://bit.ly/fJZghl
    via Amplify.com
    • Tweet
  • Geran Dana Belia Dengan Peruntukan RM20juta Baru Dilancarkan 21 Januari 2011

    • 26 Jan 2011
    • 0 Responses
    •  views
    • Edit
    • Delete
    • Tags
    • Autopost

    PESANAN DARI ENCIK ZAHIR :


    Salam,


    Kan saya dah kata?


    Walau ada geran yang telah ditutup, akan muncul geran-geran baru.


    Geran DanaBelia dari 1MDB baru dilancarkan oleh Dato' Sri Najib Tun Razak pada 21 Januari 2011 baru-baru ini mempunyai peruntukkan RM20,000,000 untuk usulan-usulan yang berunsurkan pembangunan dan penyatuan belia-belia Malaysia. Contoh-contoh yang diberikan adalah:


    - Komuniti
    - Alam Sekitar
    - Budaya, Seni dan Sukan
    - Keusahawan


    Siapa yang boleh apply:


    - Individu warganegara Malaysia berumur 15 hingga 40 tahun
    - Persatuan Belia
    - NGO berdaftar


    Boleh baca maklumat lanjut dan submit application online di http://www.1mdb.com.my/danabelia


    Semoga saya telah serba sedikit membantu. :)


    P.S: Kalau  ada e-book saya Panduan Menulis Rancangan Perniagaan (Siri Asas), bolehlah baca sekali lagi untuk tackle geran DanaBelia ini. Kalau belum, bolehlah dapatkan e-book tersebut dengan melanggan Pakej Corporate AleaCorp di http://www.aleacorp.com/?ref=eilham


    Jika ahli AleaCorp, war-warkan berita geran DanaBelia ini kepada keluarga dan kenalan menerusi refID AleaCorp, semoga kita bersama-sama dapat membantu merealisasikan impian-impian lebih ramai orang lagi.

    Ahmad Zahirudin,
    No 2-1 Jalan Putra Mahkota 7/4B Putra Point Town Centre, Putra Heights, Subang Jaya, 47650 Selangor, Malaysia


    See this Amp at http://bit.ly/eCBlrT
    via Amplify.com
    • Tweet
  • PDRM Summons Status Update as of 25 January 2011

    • 24 Jan 2011
    • 0 Responses
    •  views
    • Edit
    • Delete
    • Tags
    • Autopost

    =======================================
                             * * *  Iklan  * * *                             
    ============================
    ===========
    Photo like Painting @ http://oraet.com/ke/digipot
    Sample you can zoom @ http://oraet.com/ke/abcdg

    Dear NAME,


    You do not have any new summons.
    Thank you for using MyEG services

    Regards,
    Team MyEG

    Pengguna,

    Pihak MyEG diperingkat menambahbaik aplikasi notifikasi saman trafik PDRM secara real time
    kepada pendaftar-pendaftar notifikasi saman.

    Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa pihak MyEG akan membuat notifikasi berkala secara
    bulanan dan notifikasi tambahan akan diberikan secara serta merta kepada pendaftar setelah
    maklumat saman baru dimasukkan ke sistem PDRM.

    Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan MyEG.

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------

    Dear Valued Users,

    MyEG Services is at the stage of finetuning the PDRM Summons Traffic Alert Notification to almost
    a real-time notification to all the registered PDRM Alert Users.

    We are pleased to inform, MyEG will be emailing the scheduled email notifications on monthly
    basis and additional notification will be added immediately to the registered users as soon as the
    new summons information is updated at the PDRM system.

    Thank you for using MyEG Services.




    DISCLAIMER :

    This message contains confidential information and is intended only for the individual named. If you are not the named addressee you should not disseminate, distribute or copy this e-mail. Please notify the sender immediately by e-mail if you have received this e-mail by mistake and delete this e-mail from your system. E-mail transmission cannot be guaranteed to be secure or error-free as information could be intercepted, corrupted, lost, destroyed, arrive late or incomplete, or contain viruses. The sender therefore does not accept liability for any errors or omissions in the contents of this message, which arise as a result of e-mail transmission. If verification is required please request a hard-copy version. MyEG Services Berhad,Lot 5.01, Level 5,KPMG Tower, No.8, First Avenue,Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama,47800 Petaling Jaya,Selangor. www.myeg.com.my


    See this Amp at http://bit.ly/fLRYkz
    via Amplify.com
    • Tweet
  • firas

    • 23 Jan 2011
    • 0 Responses
    •  views
    • Edit
    • Delete
    • Tags
    • Autopost
    merentas desa
    See this Amp at http://bit.ly/g6kWRe
    via Amplify.com
    • Tweet
  • « Previous 1 2 3 4 5 6 7 8 9 … 16 17 Next »
  • About

    ORAET.com
    DIGITAL like PAINTING

    11531 Views
  • Archive

    • 2011 (18)
      • June (2)
      • May (1)
      • February (1)
      • February (5)
      • January (9)
    • 2010 (10)
      • September (2)
      • July (3)
      • June (1)
      • May (1)
      • April (3)
    • 2009 (15)
      • December (1)
      • October (3)
      • September (2)
      • August (2)
      • June (2)
      • May (5)

    Get Updates

    Subscribe via RSS
    TwitterFacebookFlickrBloggermetaweblog